[OST Soundtrack Cicakman 2 - Planet Hitam
Melly Goeslaw feat Yusry KRU - Dibius Cinta
Terbaru (Sunday, September 14, 2008)
 Melly Goeslaw Ft Yusry KRU - Dibius Cinta
 Melly Goeslaw Ft Yusry KRU - Dibius Cinta

KEJAYAAN filem sulung terbitan KRU, Cicakman yang meraih kutipan 
filem tempatan tertinggi 2006 berjumlah RM6.7 juta menjadi sandaran 
buat trio adik-beradik tampil dengan sekual Cicakman 2 - Planet Hitam 
yang akan menjengah pawagam akhir tahun ini.

Bagaimanapun pengarahnya, Yusry Abdul Halim tidak berani 
meletakkan harapan tinggi terhadap filem ini melihatkan keadaan 
semasa yang tidak menentu akibat kenaikan harga minyak sehingga 
menjejaskan kutipan filem antarabangsa.

“Susah nak cakap sebab situasi pasaran sekarang berubah-ubah. 
Sejak harga minyak naik, bukan saja harga barang turut naik, malah 
kutipan filem termasuk Hollywood pun terjejas.

“Memang saya menaruh harapan untuk filem ini mencapai kutipan 
pecah panggung. Tetapi saya perlu berpijak di bumi nyata dan 
mengakui keadaan pasaran sekarang.

“Biarlah sasaran yang diletakkan logik dan tidak terlalu tinggi,” 
katanya ketika ditemui pada majlis pengumuman kerjasama antara 
KRU Studios dan Celcom (M) Bhd, baru-baru ini.

Kata pengarah muda itu lagi, filem yang menjalani penggambaran 
di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Perak selama 35 hari akhir 
tahun lalu menjalani proses pasca produksi lebih tujuh bulan 
termasuk memasukkan teknik imej janaan komputer (CGI).

Katanya, hampir separuh filem itu menggunakan CGI membabitkan 
lebih 800 shot. Teknik berkenaan digunakan untuk menampilkan 
suasana berbeza dari segi landskap, pertarungan dan beberapa 
perkara lagi.

“Cicakman pertama lebih kepada eksperimen dan kami banyak 
menerima maklum balas serta komen membina. Dari situ, 
Cicakman 2 - Planet Hitam memperbetulkan kekurangan apabila 
kita menukar kostum, menambah aksi, dan mengurangkan komedi.

“Jalan ceritanya agak berat sedikit berbanding yang pertama kerana 
Cicakman kali ini mempunyai banyak tanggungjawab dan banyak 
musuh. Tetapi ia masih mengekalkan konsep aksi komedi,” katanya.

Dari segi aksi lagak ngeri pula, ada yang dilakukan pelakon asal 
sendiri serta menggunakan khidmat pelagak ngeri dan membabitkan 
teknik CGI. Kata Yusry, ada pelakon seperti Saiful Apek yang sanggup 
melakukan sendiri aksi ngeri, tetapi terpaksa ditolak bimbang terjadi 
perkara yang tidak diingini.

Sepuluh lagu baru dicipta sebagai lagu tema dan dimuatkan dalam 
album runut bunyi Cicakman 2 - Planet Hitam antaranya 
Planet Hitam (Tyco), Dibius Cinta (Melly Goeslow dan Yusry KRU) 
serta Mau Yang Besar (Pianka).

Lagu Dibius Cinta menjadi lagu duet pertama Melly Goeslow 
bersama artis Malaysia. Kata Yusry, tidak sukar berkerjasama 
dengan Melly kerana dia begitu senang memberikan komitmen, 
malah turut memberi idea untuk pembikinan video klip yang 
menjalani penggambaran sehari di Jakarta, Indonesia.

Selain mengekalkan pelakon asal seperti Saiful Apek sebagai 
Cicakman/Hairi, Aznil Nawawi (Profesor Klon), Fasha Sandha (Tania), 
AC Mizal dan Adlin Aman Ramli (Ginger Ghost), ia turut dibintangi 
muka baru seperti Sharifah Amani (Iman), Tamara Blaszenky (Rrama) 
dan Louisa Chong (Miss Cheef) selain beberapa penampilan khas 
daripada Linda Onn dan Julia Zieglar.

Sementara itu Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif KRU Studios, 
Norman Abdul Halim, berkata filem ini juga turut mendapat 
pengiktirafan rasmi di Festival Filem Antarabangsa Pusan ke-13 
pada 2 hingga 10 Oktober ini melalui jemputan ‘World Premier’ 
bagi segmen Super Hero di rantau Asia.

“Filem yang akan mula menemui penonton di 60 pawagam 
tanah air pada 11 Disember ini akan diedarkan di empat negara 
apabila Grand Brilliance Sdn Bhd (GBSB) akan mengedar untuk 
pasaran Malaysia dan Brunei, Cathay-Keris Films Pte Ltd (Singapura) 
dan PT Tripar Multi Vision Plus (Indonesia).

“Bagi mevariasikan koleksi peribadi, terdapat banyak produk 
Cicakman yang boleh diperoleh antaranya siri komik, barangan 
sekolah, buku warna dan novel. Paling terbaru, kini turut dipasarkan 
novel Rrama, watak baru yang diperkenalkan dalam 
Cicakman 2 - Planet Hitam,” katanya.

Kerjasama antara KRU Studios dan Celcom terjalin selaras pakatan 
perniagaan lebih strategik bukan saja untuk promosi filem yang 
dinantikan tahun ini, tetapi juga pelbagai tawaran menarik bagi 
pelanggan Celcom.

Filem terbitan KRU Studios dengan kerjasama GBSB ini baru 
selesai proses pembikinan ‘A Print’ di Bangkok, Thailand dan 
mendapat kelulusan bersih Lembaga Penapisan Filem Malaysia 
untuk tontonan umum.

Naib Pengerusi Kanan Pemasaran Celcom, Zalman Aefendy, 
berkata sebagai penaja utama, Celcom menawarkan kandungan 
mudah alih yang menarik kepada peminat antaranya nada dering 
monofonik, polifonik, logo operator, trailer dan banyak lagi berkaitan 
filem ini.

__________________________________________________________

Konsep Proton PM5
Terbaru (Tuesday, April 1, 2008)
 

Proton PM5 Concept

Konsep model kenderaan ini dikenali sebagai Konsep Proton PM5 telah dipermukakan di dalam forum baru-baru ini. Sesetengah mengatakan ini adalah salah satu konsep masa depan yg telah Proton dikembangkan bersama Lotus, dan selebihnya mengatakan ini adalah konsep lama untuk 'Lotus Europa' yg telah dilancarkan. Siapa mengetahui lebih lanjut mengenai konsep ini? Itu adalah sebahagian rujukan melalui rekabentuk 'Aston Martin' yang terdapat di belakang konsep ini.

__________________________________________________________

Munajat Cinta - The Rock dan Ahmad Dhani
Download Lagu (Tuesday, April 1, 2008)
 
Lirik dan Mp3 lagu Munajat cinta dari Band The Rock dan Ahmad Dhani (Dewa).

Munajat Cinta -(The Rock) Ahmad Dhani ..

Malam ini ku sendiri
tak ada yang menemani
seperti malam-malam
yang sudah-sudah

hati ini selalu sepi
tak ada yang menghiasi
seperti cinta ini
yang selalu pupus

reff:
tuhan kirimkanlah aku
kekasih yang baik hati
yang mencintai aku
apa adanya

mawar ini semakin layu
tak ada yang memiliki
seperti aku ini
semakin pupus

repeat reff

__________________________________________________________

Kasidah Cinta - The Rock feat Ahmad Dhani
Download Lagu (Tuesday, April 1, 2008)
 
Lirik dan mp3 lagu Kasidah Cinta dari The Rock feat Ahmad Dhani (Dewa). Mp3 sumbangan Matromeo2001... enjoy da song...

Kasidah Cinta - The Rock feat Ahmad Dhani

Aku jatuh cinta ke padamu
Sejak pertama bertemu
Salahkah aku tuk mencintai dirimu
yang tak mungkin mencintai aku
Oh Tuhan tolong

Chorus:
Aku langsung jatuh cinta aaa.. kepadamu
cinta pada pandangan pertama ya
cinta yang bisa
merubah jalan hidupku jadi lebih
berarti

mu...ngkin hanya keajaiban TUhan
yang bisa jadikan
hambanya yang cantik
tercantik milikku
Chorus
__________________________________________________________

HUJAN - Hujan Lebat 2007
Download Album HUJAN - Hujan Lebat 2007 (Tuesday, April 1, 2008)
PASSWORD : myemp3.blogspot
 

Formed in early 2006, this wave-worthy band consists of Noh on vocals and 2nd guitar, Dimas on bass, Iyag on 1st guitar and Ambobzeela on drums. Influenced by a diverse range of bands which include the likes of The Strokes, Butterfingers, White Shoes and The Couples Company and even Pot Amir, Hujan prefers to classify their music as alternative rock and has no qualms about delivering their material in Malay. Living and breathing the element they take their name after, their music alternates between the light, heavy and the torrential storm a reflection of the many stories, moods and agendas embedded in their songs. They sing about everything from love, God, family and to the happenings of the world.

TRACKLIST :

01. Dikala Bermain Biola
02. EmpayarMu
03. Hiba
04. Kau Pijak Hatiku
05. Ku Mahu Kau Tahu
06. Kuala Lumpur
07. Lonely Soldier Boy
08. Ludah Amerika
09. Pagi Yang Gelap
10. Rantai Rasa Cinta


::HUJAN - Hujan Lebat 2007::

PASSWORD : myemp3.blogspot

PENGETAHUAN AM
(Wednesday, 2 April 2008)
Adakah anda tahu hubungan antara 2 biji mata anda?mereka berkedip bersama,bergerak bersama,menangis bersama,melihat bersama dan tidoq bersama meskipun mereka tidak pernah melihat antara satu sama lain...perhubungan seharusnya seperti itu...kehidupan bagai neraka tanpa kawan...hari ini adalah hari "MINGGU KAWAN SEDUNIA"...siapa kawan anda?...hantar message ini tuk semua kengkawan anda termasuk saya jika sy salah seorang kawan anda...lihat berapa banyak anda dapat balik dari mereka...jika anda mendapat lebih daripada 3,itu bermakna anda adalah seorang kawan yang penyayang.

 

------------------------------
www.GEBUU.cjb.net
------------------------------
This web site
is design for
your to search
anything possible
information and
download latest
music and video.
So enjoy it.
------------------------------
www.GEBUU.cjb.net
with co-operated by
Z-TechKnowLogic
(M) Sdn Bhd.
(Webmaster GEBUU)
=================